Friday, April 15, 2011

kau tak bosan ke.....

pada suatu hari....seorang sahabat bertanya...
kau tak bosan ke....asyik duduk terperap je dekat rumah...
emmm kalau aku la, dah lama pergi keluar jalan- jalan cari ketenangan..
lagipun aku tak larat la dengan mak aku asyik membebel je 24 jam..
pantang aku buat salah sikit...mulalah bebel nya
mak ko lain lah baik je, tak marah- marah...
aku pun sekadar mendengar dan tersenyum sahaja...
mungkin masa tu aku takde jawapan nya...
tapi insyaAllah sekarang aku pasti aku dah ad jawapannya


sangat banyak hikmah nya..
tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada..


di rumah aku ada ayah dan ibu, alhamdulillah..
di rumah tempat ku membesar, 
di rumah juga tempat aku mendapat kasih sayang
di rumah juga tempat aku belajar dan mendapat ilmu, di sana juga aku mendapat ajaran islam..
di rumah juga aku belajar erti hidup.
di rumah aku belajar erti syukur. di rumah aku belajar erti sabar, 
di rumah juga aku mendapat ketenangan, 
di rumah juga penuh warna warni segala gembira dan kesedihan di kongsi bersama..


ayah andai kau tahu, 
aku sangat bangga punyai ayah seperti engkau...
tetap berusaha walaupun kadang kadang kau terasa payah...
walaupun kadang kadang kau hanya diam melihat akan perilaku anak anak yang nakal..
aku tahu kau sentiasa cuba untuk buat anak kau tidak nakal lagi..
engkau ketua keluarga yang perlu dicontohi, 
tidak putus mencari ilmu dan menyampaikan ilmu...aku harap ayah akan sentiasa sihat untuk terus menyampaikan agama Allah...aku sayang ayah


sama juga seperti dikau wahai ibu....
pabila anakmu sakit kaulah orang yang teramat risau...sampaikan tidur tidak lena kerana banyak berfikir..
aku tahu kadang kadang kau terasa dengan perilaku anak anak mu
maaf kan kami wahai ibu..
aku senang jika berbual dengan mu..setiap kata kata mu sentiasa membuat aku bersemangat
tidak pernah kata kata mu berbaur herdikan, tidak pernah kau meninggikan suara kepada anak anak mu
aku bersyukur pada mu ya Allah kerana kerana kurniakan ibu seperti dia...
tetapi.... 
kadang kadang kau terasa sunyi kerana ketiadaan anak2 mu
maaf kan aku ibu...aku sekarang sedang menuntut ilmu
tetapi aku berjanji aku akan sentiasa menghubungi mu


wahai ayah dan ibu...
terus lah berjuang di jalan Allah
aku berharap aku akan berjumpa lagi dengan engkau di syurga sana....
maaf kan anak anak mu jika selama ini banyak menyusahkan mu 
aku bersyukur punyai ayah dan ibu seperti kalian..
maafkan kami jika ada menyakiti hati ayah dan ibu..
sayang dan rindu pada kamu berdua...

Monday, April 11, 2011

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kewajipan Lelaki Melindungi Wanita | iluvislam.com + discover the beauty of islam

zaman sekolah

assalamualaikum wbt...
bila cerita zaman sekolah memang saat yang paling menyeronokkan..
walaupun masa kat sekolah dulu aku ni law profile sikit..
tapi aku tetap dapat rasai keseronokan tu..
setiap masa yang berlalu sangat lah berharga bagiku..


masa umur 6 tahun...


aku memang x suka pergi sekolah tadika...
macam2 taktik aku buat sebab taknak g sekolah punya pasal kan
lagi satu cikgu dia garang sangat ditambah pulak dgn pngai certain budak yg agak nakal
hati ibu mana yang x luluh kan...>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
bila dah x dapat tahan marah mcm biasalah...
dapat hadiah dari bonda yg dcintai..
andai ibuku mengerti.
sebenanya masalah aku hanya satu..
aku memang tak suka mandi pagi hehe...kantoi sudah


                                                      masa sekolah rendah


perangai malas aku masih ad kot....
sampai darjah dua aku buat perangai..
tapi bila dah lame wat perangai camtu aku dah terasa bosan
so aku pun belajar untuk jadi budak yg rajin....
masa sekolah rendah ni aku jumpa macam2 jenis cikgu
yang garang ada, miang ada, yang baik memang ramai
lau budak2 dia xyah cakap la....diorang suka ejek
yang mana x tahan tu conferm nangis then balik ngadu kat parent la kan
tapi aku ni jenis kuat semangat sikit
memang agak bengang la jugak sebenarnya.....
nasib kemarahan aku x sampai lg tahap gambar kat sebelah ni
belaja punya belaja akhirnya dapat lah keputusan UPSR...
cukup2 makan saje...alhamdulillah..aku dapat tawaran sambung kat sekolah men. agama al khairiyah
tapi aku tak g sebab aku rasa x puas lagi duk kat rumah ni...
hehe...biasalah anak bongsu macam ni lah

masa sekolah menengah


zaman ni paling seronok...masa ni lah kita tau dunia luar...luar sikit la dari tempat aku belajar dulu
part yg paling best masa zaman ni ialah Bas Hati...aku tak tau kenapa tapi inilah kenangan terindah 
cos memang banyak pengalaman...aku n sahabat yang lain gi sekolah naik bas...
masa form 1- form 3 aku ambik Arab so kitorang ni lain a sikit pd dak2 biasa...
pakai tudung labuh n warne biru muda....memang nampak nice sangat masa ni...
tetapi kitorang terpaksa hadapi pelbagai halangan masa nak balik...
kitorang terpaksa kejar bas haha
cuba bayangkan dengan btudung labuh tu aku berlari2...
tak peduli dah kiri n kanan jji aku sempat naik bas
belum lagi dengan bas yang tiba2 meragam kat tengah jalan...then terpaksa turun ikut pintu kecemasan
dengan muka slumber aku terjun...memang boleh jadi keluang man dah...
sesungguh nya memang best pengalaman itu...x dapat dilupakan...


hehe



Sunday, April 10, 2011

jom main sudoku

okey hari ni nak story pasal sudoku..
sape suke main sudoku sila angkat tangan macam saya \^_^/
sebenarnye mula2 aku x tau pun nak main sudoku 2 mcm mane...

cerita nya bmula begini...
pada suatu hari semasa aku  kat sekolah ( masa zaman remaja dulu la)
tiba2 sahabat aku ni bagi aku satu paper
dia suh aku isikan semua no kat dalam petak yg kosong tu
aku pun cuba la...banyak kali aku cuba asyik salah je..
sampaikan aku dah cuba macam2 formula sendiri dah

dan pada suatu hari yg tenang dengan usaha selama ni
aku berjaya menyelesaikan n masukkan semua no kat petak kosong tu, alhamdulillah
gembira punya pasal aku siap beli buku sudoku lg..hehe..

bg aku sudoku ni baik untuk mencergaskan minda aku
coz sebelum aku nak start study aku kena buat sesuatu yang berkaitan dengan nombor dulu
samada buat kira2 ke kan..
baru aku ada mood nak study hehe

hr ni aku bawak buku sudoku kat kuliah
dapat sambutan hangat kot
rupanya ramai sahabat2 aku kat sini yg suka main sudoku...

permainan sudoku ini berasal dari Jepun dan dikenali sebagai  Suji Wa Dokushi Ni Kigaru


bagi yg dah expert diorang boleh siapkan dalam masa 1 - 5 minit


yg ni lagi complicated..
tapi bila kita dapat selesaikan semua memang puas hati tau :)


antara kelebihan sudoku:

• Meningkatkan logik daya fikir
• Menajamkan pick-up dalam belajar
• Meningkatkan ketelitian
• Menajamkan imajinasi, kreativiti dan inovatif
• Menambah kemampuan Problem-Solving dengan cepat
• Merangsang Sel otak untuk selalu aktif
selamat mencuba!!!

Friday, April 8, 2011

mawar berduri

sahabat........


jadilah mawar merah berduri
sungguh indah untuk ditatapi
tetapi jadilah mawar merah berduri
walaupun indah tetapi sukar dimiliki

jadilah wanita penghuni syurga
bukan bahan bakar api neraka
jadilah wanita penghuni syurga
yang kuat pegangan agamanya

andai syurga bisa di lihat
tak kan kau cuba melakukan maksiat
andai kau tahu masih belum terlambat
akan kau segera untuk bertaubat

andai pintu taubat masih terbuka
akan kau menadah tangan seluas- luasnya
andai kau tahu DIA maha kuasa
akan kau segera memohon ampun pada NYA

hanya keimanan yang akan menyelamatkan kan dan aku dalam menempuhi dunia akhir zaman ini..
ingatlah jangan kau terlalu bahagia dengan permainan duniawi 
ayuhlah kita tegakkan keimanan dalam diri
semoga kau dan aku akan bertemu di syurga yang abadi

insyaallah....amin.

Thursday, April 7, 2011

الصبر من الإيمان


bila Allah cepat memakbulkan doamu
maka DIA menyayangimu


bila DIA lambat memakbulkan doamu
maka DIA ingin mengujimu 


bila DIA tidak memakbulkan doamu
maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik buatmu


oleh itu sentiasa bersangka baik kepada Allah swt
dalam apa jua keadaan sekalipun


kerana kasih sayang Allah 
mendahului kemurkaan NYA



Tuesday, April 5, 2011

mencari redha MU




aku menuntut ilmu bukan sekadar berbangga
aku menuntut ilmu untuk ke syurga

aku bekerja bukan sekadar mencari harta
aku bekerja untuk ke syurga

aku berbakti kepada orang tua bukan sekadar membalas jasa
aku berbakti kepada orang tua untuk ke syurga


aku kembali pulang bukan sekadar nostalgia
aku kembali pulang untuk ke syurga


ku jauhi yang lain bukan kerana tak suka
ku tinggalkan yang lain kerana takutkan dosa


aku hanyalah insan biasa
aku hanya mencari redha NYA

aku hanya mencari cahaya
cahaya yang satu untuk selamanya

hanya pada MU tempat ku meminta
hanya pada MU segala- galanya

" Ya Allah yang memutarbelitkan hati.

 Tetapkanlah hatiku pada jalan agama MU"