Friday, August 26, 2011

salam aidilfitri


assalamualaikum wbt....
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
alhamdulillah syukur kita masih lagi diberi nikmat umur, badan yang sihat serta nikmat islam ini

ana mohon kemaafan, sekiranya ada tersilap kata dan tersilap tulis, sekiranya ana punya dosa dengan antum semua atau kiranya ada ana mengguris hati dan jiwa kalian. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, dari dalam jiwa hingga ke pangkal hati, ana benar-benar memohon kemaafan.

Moga-moga, sebelah bulan yang mendatang, kita benar-benar berada dalam kebaikan.

Benar-benar menjadi hamba.

Hamba Ilahi Yang Sejati!

Amiiin.

salam aidilfitri maaf zahir dan batin

“Kullu ‘am, wa antum bi khair”

"Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan"

Wednesday, August 24, 2011

ramadhan terakhir


assalamualaikum wbt
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
segala puji setinggi-tingginya buat mu ya rabbi

malam ini terasa sedikit syahdu
sepatutnya aku gembira kerana berapa hari je lagi aidilfitri bakal kunjung tiba
tetapi rasa sedih nak meninggalkan ramadhan yang mulia ini

belum tentu aku dapat merasai nikmat ini lagi
rindu sangat......
rindu untuk ke masjid menunaikan solat terawih
rindu untuk mendengar alunan wirid
rindu untuk bertadarus
rindu mendengar suara ayah mengimamkan solat terawih
segala-galanya indah sehingga tidak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata
sesungguhnya ramadhan kali ini memberi seribu makna buatku
betul lah apabila usia makin meningkat kita semakin mengerti setiap apa yang kita lakukan

setiap amalan yang kita lakukan bukanlah sekadar mengisi masa lapang tetapi sebagai suatu permulaan yang baru sebagai hamba Allah yang sentiasa ingin mendekati Nya

andai ini ramadhan yang terakhir buatku
aku betul-betul rasa sedih kerana selama 20 tahun hidupku ini
baru ku rasai betapa manisnnya ramadhan ini
ya Allah andai kau beri peluang kepada ku
ingin ku bertemu lagi dengan ramadhan
berilah hambamu peluang ini sekali lagi agar bisa untukku merasai kemanisannya

subhanallah walhamdulillah walailahaillallah allahuakbar

Syukurku pada-Mu Ya Allah atas segala nikmat yang telah kuterima dan nikmat yang akan datang esok, lusa, dan nanti. Nikmatmu yang tak putus-putus merupakan bentuk kasih sayang-Mu Ya Allah. Dan ampunilah segala dosa yang melekat pada diriku ini. Di bulan Ramadhan ini, aku memohon ampunan-Mu…



Friday, August 19, 2011

kalau tak puasa jangan nak menunjuk



assalamualaikum wbt...
entry ni di buat sebagai suatu pengajaran kepada kita semua

kisah 1:
lokasi di dapur.
nak dijadikan cerita sedang saja kami duk bising- bising kat dapur tu
tiba-tiba aku bau sesuatu yang agak familiar je..bila aku gi toilet bau nya semakin kuat
dah ala- ala penyiasat dah masa tu...rupa-rupanya ada orang merokok dekat rumah sebelah
tapi yang pasti dia bukan ahli rumah tu sebab sebelum tu ada orang datang rumah dia

kisah 2:
kisah ini berlaku beberapa hari yang lalu sewaktu anak sedara sedang bermain basikal.
biasa budak-budak baru mula puasa kan....bila kita tengok budak yang sekecil tu kita pun rasa semangat..
kalau diorang boleh puasa takkan la kita yang dah tua ni tak boleh nak bertahan kan

balik je dari main terus anak sedara aku ni pergi dekat ummi dia.
dia pun tanya "ummi, kenapa pakcik ?#$ tu tak puasa ?
yeke, mane mane Aqil tau ni. ya ummi tadi abang nampak dia makan rambutan.

biasalah dekat sini felda kan, bila dah sampai masa cop buah memang la penat...
nak pulak bulan puasa ni plus dengan panas nya.
kadang-kadang kita yang duk kat rumah ni pun tak larat
so bila musim cop buah ni, conrefm sesetengah nya tak puasa
apa-apa pun itu dia dengan Allah kan

dua kisah yang dipaparkan ini tidak bertujuan untuk memalukan sesiapa sekadar pengajaran sahaja.
kerana kita semua manusia biasa yang membezakan diri kita dengan orang lain adalah tahap keimanan kita

kesimpulannya di sini 
sekiranya anda tidak berpuasa tolong jangan makan di khalayak ramai kalau ya pun tak malu dengan budak kecik, at least hormat lah bulan yang mulia ni
yang hanya datang sekali dalam setahun, rebutlah peluang untuk tingkatkan amalan kita
selamat berpuasa

wallahua'lam

jom kita enjoy

assalamualaikum wbt...
segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam


di malam yang hening ni membuatkan aku mengimbas kembali peristiwa beberapa tahun dahulu. 
ketika itu aku masih lagi di alam kanak2 riang tetapi tak berapa riang
suatu malam tu hidup aku ni tak tenang nak kata takut pun tak
tunggu punya tunggu sampai jugak la masa tu..
sebenanya aku tunggu satu cerita baru ni nampak macam best je kan...
maybe cerita ni memang mendapat sambutan yang menggalakkan dari segenap lapisan umor..."mungkin"
the story is "PUTERI"


dengan penuh semangat aku pun tengok lah.....tetiba keluar seorang perempuan maybe inilah dia 
si "PUTERI" tu....memang cun.
tapi sampai je dekat trademark dia rasa macam agak spoil la di situ...
bunyinya begini: "nama saya puteri farah binti nordin..............klimaknya bila dia cakap "hidup ni cuma sekali je so kita enjoy"
lepas je dengar trademark dia terus takde bintang pun aku boleh bagi..
tak tau la siapa yang buat skrip ni macam orang takde ilmu...
so aku pun tengoklah jalan cerita tu sebab nak tau macam mane dia enjoy ...
bila tengok memang enjoy sesungguh la..pakai ketat sana sini kan...enjoy la tu...


so malas nak cerita banyak, 
dekat sini ada beberapa garis panduan yang kita boleh ambil tentang hiburan dalam Islam, antaranya :


  • tidak melalaikan : muzik yang tidak menyalahi aqidah
  • pakaian yang menutup aurat : mesti longgar
  • suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah :contohnya ada konsert yang dibuat selama 24jam semata-mata nak pecah rekod
  • muzik atau nyanyian : bebas dari unsur maksiat dan lagho
  • alunan hiburan : bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah
pilihan di tangan anda. 
      anda mahukan hiburan
                pilih lah hiburan yang tidak menyalahi syariat Allah SWT

wallahua'lam



Friday, August 12, 2011

buat saudaraku


Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang 


Dalam kekalutan dunia tika ini,,,daku mengharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua...
Dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya
Dalam keadaan manusia tidak lagi membezakan antara yang hak dan yang batil
Dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa
Moga-moga doa yang kita pohon dimakbulkan olehNya


Walaupun dalam kehidupan seharian kadang kala kita lupa padaNya
Dan kadang kala kita ingat kepadaNya
Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya


Buat permata Islam..yang sudah tentu dikasihu Allah dan dirindui Nabi
Sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama...tetapi ia adalah cara hidup kita
Samada cara kita berpakaian, bertutur dan dengan perkataan yang lebih mudah...
Bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali
Semuanya Allah telah gariskan untuk kita.. 
Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahat..
Islam telam mengajar caranya...


sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Islam itu tinggi, tiada yang tinggi selainnya"
 tapi sayang sekali kita yang merendahkannya...kita menjauhkan diri daripadanya..bahkan kita malu Islam menjadi identiti kita
kita lalai dengan kehidupan kita, sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi buat kita...
sehingga kita lupa Allah SWT sedang memerhatikan kita....


Kita tahu adanya Allah tapi kita tetap melanggari perintahNya..
ooh Ya Allah besar nya dosa hamba mu ini...kenapa aku masih melakukan dosa yang sama
malahan telah menjadi darah daging ku....


firman Allah SWT, daripada Abu Hurairah r.a:
" aku sesuai dengan dugaan hamba ku kepadaku, dan aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaku, jika dia ingat kepadaku di dalam hatinya, aku akan mengingatinya di dalam hatiku, dan jika dia ingat kepadaku, dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam khalayak ramai yang lebih baik, dan jika ia mendekati ku sejengkal, aku akan mendekatinya sehasta, dan jika dia mendekati ku sehasta, nescaya aku akan mendekati nya sedepa, dan jika ia datang kepada ku secara berjalan nescaya aku mendatanginya dengan berlari"
(hadis riwayat Syaikhani dan Tarmidzi)


Walaupun sebesar bukit Uhud dosa yang kita lakukan 
sesungguhnya Allah SWT masih mengampunkan dosa kita..
Ayuh kembali kepanya andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya


" Sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya
Betapa sayangnya Allah pada hambanya

Wednesday, August 10, 2011

warkah dari insan yang bergelar ayah dan ibu

Assalamualaikum..
Wahai anak-anakku
Pada hari kamu dapati aku sudah tua
Harap kamu bersabar dan cuba untuk fahami diri kami

Jika aku kotor semasa makan, atau aku bermasalah untuk memakai pakaian, sabarlah
Ingatlah semasa kamu kecil,
kami menghabiskan berjam2 untuk mendidik dan mengajar kamu memakai baju dan makan

Ingatlah semasa kamu kecil,
Bermacam permintaan dan pertanyaan kamu yang termampu telah kami tunaikan..
Dan kami telah lakukan nya dengan penuh kasih sayang

Jika aku sudah mulai lupa, 
berilah masa untuk aku mengingatinya,
dan jika aku masih tidak ingat,
Janganlah kamu rasa terhina dan malu
Apa yang penting padaku ialah berada di sisi dan menemani perbualanku

Jika aku sudah tidak lagi kuat untuk berjalan..bantulah aku, pimpinlah aku
Sebagaimana aku telah memimpin kamu sewaktu kecil dahulu

Dan satu hari nanti aku mungkin akan berkata ….
Aku tidak mahu hidup lagi
Janganlah marah kerana satu hari nanti kamu akan memahaminya

Fahamilah
Pada suatu peringkat umur,kita bukan hidup
Tetapi sekadar meneruskan sisa usia dan survival sahaja

Janganlah kamu berasa sedih dan kecewa pada umur tua ku nanti
Tolonglah berada di sisi ku, fahami kehidupan ku dan temani aku

Aku ingin mati dalam iman, bahagia dan bertakwa
Anak- anakku,
Aku merayu kepada kamu supaya membantu aku semasa aku hidup dan selepas ak mati nanti..
Ak menantikan doa2 kamu
Itu yangg paling bermakna bagiku..

p/s: selagi kita masih punya ayah dan ibu, selagi itulah kita perlu menghormati mereka
      dan seburuk mana pun akhlak dan perilakunya, mereka lah yang telah membesarkan kita
      doalah untuk kesejahteraan mereka

      Barangsiapa membuat ibu bapanya suka hati maka sesungguhnya ia telah menyukakan Allah. Dan barang siapa yang membuatkan ibu bapanya marah maka sesungguhnya ia telah membuat Allah murka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]


      

Tuesday, August 9, 2011

ahlan ya ramadhan


assalamualaikum pembuka bicara........

pejam celik pejam celik, alhamdulillah
ramadhan sudah masuk hari yang ke- 11
belum sempat nak sahur sudah terfikir juadah berbuka hari esok...
emmm...tapi itu boleh consider lagi..
yang lagi menyedihkan bila baru nak mula puasa 
dekat tv dah sibuk duk tayang iklan raya...
sedangkan puasa pun tak mula lagi....

dan sebenarnya apa yang ana nak kongsikan di sini 
adalah mengenai kelebihan bulan ramadhan, antaranya:

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)