Sunday, April 17, 2011

tolong ingatkan dia

tolong ingatkan dia
aku terpikat kerana imannya bukan kerana rupanya 
 tolong ingatkan dia
aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya
tolong ingat dia
aku kasihinya kerana akhlaknya

tolong tegur dia
bila dia mula mengagungkan cinta manusia
tolong tegur dia
bila dia mula tenggelam dalam angan angan nya
tolong tegur dia
andai nafsu mula mengawal akal warasnya

tolong sedarkan dia
bahawa aku hanya milik Allah Yang Maha Esa
tolong sedarkan dia
bahawa aku masih milik keluargaku
tolong sedarkan dia
kerana belum tentu aku miliknya
tolong sedarkan dia
bahawa tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

tolong sabarkan si dia
usah ucap cinta di kala cita cita belum terlaksana
tolong sabarkan si dia
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
tolong sabarkan si dia
kerana aku tidak mahu apa apa terjadi antara kita

tolong lindunig dia
agar aku juga tidak leka
tolong lindungi dia
agar kita dapat sama sama menjaga maruah agama 
allahuakbar !!!

No comments:

Post a Comment