Monday, April 25, 2011

Salah ke pakai macam ni????

Salam ukhwah dari ku..ini sekadar renungan sahaja .

Sebelum masuk u aku belajar di metrik Melaka. Biasalah kalau kita duk hostel memang terikat dengan peraturan kan. Kat sana kalau nak outing mesti kena pakai baju kurung. Tapi biasa lah budak sekarang ni pandai kan. Tapi aku tak nak la cerita pasal tu pun.

Nak dijadikan cerita, selepas punya lama planning nak pergi outing akhirnya terjadilah.

Aku bersama dua orang lagi sahabat bercadang nak pergi Malacca centre.  Tapi masa on the way nak pergi  ‘MC’ atetibe lak terdetik di hati ni nak pergi ‘MP’, Malacca parade. Tu dia sampai kat sana rasa macam artis pulak. Diorang ni duk pandang je kat kami ni. Terfikir gak aku, nape la orang tengok rasanya dah habis sopan dah kitorang hari tu. Tapi ad kami kisah. Teruskan jugak perjalanan pergi tengok movie, sumpah itu adalah pertama kali aku masuk sana. Wah gelap tempatnya. Seperti yang dijangkakan memang berlaku. Ada orang beromantik pulak dah kat seat belakang. Masa belum start  tu kitorang duk suka suka  jela dulu pastu leh pulak si lelaki ni sound kitorang. Rasa macam nak bagi penumbuk satu kat muka budak laki tu. Dah la buat maksiat, tengah sedap tengok cita tu tiba tiba je teringat,” emm kalaulah bangunan ni runtuh conferm aku mati katak je ni”. Terus rasa takde mood. Elok abis cerita kitorang pergi tempat lain.

Tengah best jalan ada la sorang budak laki ni agak nakal la dia cakap, “baru balik kenduri ke, pastu boleh dia gelak dengan membe2 dia sambil pandang kitorang atas bawah”. Emm, masa ni memang rasa agak berangin la. 

Nanti bila di tegur takut berasa hati,mula la tarik muncung sedepa, tapi bila korang buat macam ni korang puas hati ye. Apa ke dosa nye kitorang pakai baju kurung bukan nye tak pakai apa2. Aku betul betul tak faham dengan mentaliti budak zaman sekarang ni. Sedih pun ada mengenangkan diorang ni.

Nak kata tak belajar agama aku tak tau lah. Tapi tiba tiba aku berfikir yang mungkin mereka tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa semoga korang sedar itu sahaja.  Aku tau aku pun manusia biasa yang sangat lemah yang sangat banyak kekurangan. 
Tapi aku nak tau salah kah jika aku berpakaian begini???                                                                               
Seumur hidup ku memang ini sahaja pakaian yang aku ada. Memang tak up to date kan minah ni.

Tapi apa pun, semoga pintu hidayah terbuka buat aku, kau dan semua.  Semoga kita tetap berpegang dengan tali Allah swt.  

p/s: jika ada yang tersinggung harap dimaafi


No comments:

Post a Comment