Friday, April 15, 2011

kau tak bosan ke.....

pada suatu hari....seorang sahabat bertanya...
kau tak bosan ke....asyik duduk terperap je dekat rumah...
emmm kalau aku la, dah lama pergi keluar jalan- jalan cari ketenangan..
lagipun aku tak larat la dengan mak aku asyik membebel je 24 jam..
pantang aku buat salah sikit...mulalah bebel nya
mak ko lain lah baik je, tak marah- marah...
aku pun sekadar mendengar dan tersenyum sahaja...
mungkin masa tu aku takde jawapan nya...
tapi insyaAllah sekarang aku pasti aku dah ad jawapannya


sangat banyak hikmah nya..
tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada..


di rumah aku ada ayah dan ibu, alhamdulillah..
di rumah tempat ku membesar, 
di rumah juga tempat aku mendapat kasih sayang
di rumah juga tempat aku belajar dan mendapat ilmu, di sana juga aku mendapat ajaran islam..
di rumah juga aku belajar erti hidup.
di rumah aku belajar erti syukur. di rumah aku belajar erti sabar, 
di rumah juga aku mendapat ketenangan, 
di rumah juga penuh warna warni segala gembira dan kesedihan di kongsi bersama..


ayah andai kau tahu, 
aku sangat bangga punyai ayah seperti engkau...
tetap berusaha walaupun kadang kadang kau terasa payah...
walaupun kadang kadang kau hanya diam melihat akan perilaku anak anak yang nakal..
aku tahu kau sentiasa cuba untuk buat anak kau tidak nakal lagi..
engkau ketua keluarga yang perlu dicontohi, 
tidak putus mencari ilmu dan menyampaikan ilmu...aku harap ayah akan sentiasa sihat untuk terus menyampaikan agama Allah...aku sayang ayah


sama juga seperti dikau wahai ibu....
pabila anakmu sakit kaulah orang yang teramat risau...sampaikan tidur tidak lena kerana banyak berfikir..
aku tahu kadang kadang kau terasa dengan perilaku anak anak mu
maaf kan kami wahai ibu..
aku senang jika berbual dengan mu..setiap kata kata mu sentiasa membuat aku bersemangat
tidak pernah kata kata mu berbaur herdikan, tidak pernah kau meninggikan suara kepada anak anak mu
aku bersyukur pada mu ya Allah kerana kerana kurniakan ibu seperti dia...
tetapi.... 
kadang kadang kau terasa sunyi kerana ketiadaan anak2 mu
maaf kan aku ibu...aku sekarang sedang menuntut ilmu
tetapi aku berjanji aku akan sentiasa menghubungi mu


wahai ayah dan ibu...
terus lah berjuang di jalan Allah
aku berharap aku akan berjumpa lagi dengan engkau di syurga sana....
maaf kan anak anak mu jika selama ini banyak menyusahkan mu 
aku bersyukur punyai ayah dan ibu seperti kalian..
maafkan kami jika ada menyakiti hati ayah dan ibu..
sayang dan rindu pada kamu berdua...

No comments:

Post a Comment