Tuesday, March 8, 2011

musibah oh musibah....

musibah oh musibah....
bukan dipinta datangnya...
kerana segala sesuatu yang dikenhendaki oleh Allah SWT pasti terjadi.
                                                                                                                                                                                          
                                                                         
di saat orang lain sedang hidup gembira 
tapi kita pula sedang dihadapkan dengan ujian yg maha besar
tapi sesetengah dari menganggap musibah ini adalah suatu perkara yang sial sehingga mereka menyalahkan setiap ap yang berlaku


kawan2 cubalah anda bfikir sejenak..
bukankah setiap apa sahaja yang berlaku adalah kehendak Allah swt?
bagaimana adakah kawan2 semua sudah ada   jawapannya.


baiklah, kita sebagai seorang muslim yang beiman dan lagi berilmu,
kita perlu yakin bahawa setiap apa yang sedang melanda adalah atas kehendak Allah SWT, meskipun kadang- kadang segala sesuatu yang terjadi melalui perantara fenomena alam dan juga faktor kesihatan. 


sebagai contoh di sini, tsunami yang berlaku di Jepun baru2 ini. sedangkan ad juga pihak2 yang mengatakan bahawa Jepun tidak mementingkan faktor penjagaan alam sekitar. jika Allah swt bkehendakkan sesuatu perkara itu, perkara itu tetap akan berlaku " kun faya kun" walaupun kita mempunyai sistem yang canggih untuk kenalpasti sebarang bencana alam yang berlaku.
kerana kuasa Allah itu tiada tandingannya dengan kuasa kita.


Akan tetapi, banyak dari muslim lain yang memandang bahawa musibah ini sekadar bencana alam semata- mata , bukan sebagai peringatan dan pelajaran dari Allah SWT.
Akibatnya mereka tetap tidak mahu memperbaiki diri sendiri. 
Mereka tetap melakukan maksiat dan melenggar syariat Allah SWT.


Apabila dilanda musibah, Allah mengajar manusia



(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun.'" (Al Baqarah 2:156)


Mengingati Allah, hati akn menjadi tenteram
Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28) 


Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al Baqarah 2: 286)


Maka sebaik-baik orang yang beriman, bersabarlah dalam menghadapi setiap musibah. 
semoga setiap ujian yang datang akan membuatkan kita lebih dekat dan mentaati setiap perintah Allah SWT.
Insyaallah. ^_^

No comments:

Post a Comment