Friday, March 18, 2011

amalan surah-surah pilihan

assalamualaikum wbt...

kali ini sy nak berkonsi dgn anda tentang surah pilihan yg boleh diamalkan..
insyaallah banyak fadhilat yg akan kita peroleh jika kita amalkannya.


Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata: "adalah Nabi SAW tidak tidur sehinnga dibaca surah As- Sajdah dan Al- Mulk".
di sini sy ingin berkongsi beberapa fadhilat mengenai surah2 yg kita boleh amalkan  pd mlm hari antaranya:
  • surah as- sajdah
  • surah ad- dukhan 
Daripada abi Hurairah r.a berkata : Nabi SAW telah bersabda : "sesiapa membaca surah Ad- Dukhan pada waktu malam, maka esok nya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya"
 Daripada abi Hurairah r.a berkata : Nabi SAW telah bersabda: "sesiapa membaca surah Ad- Dukhan pada waktu malam Jumaat, maka di beri keampunan baginya"
  • surah al- mulk
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW  telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al Mulk sehingga khatam maka beliau pun menemui baginda SAW dan berkata : " wahai Rasulullah SAW saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al Mulk sehingga Khatam". Rasulullah SAW bersabda itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada seksaan kubur.


Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”


Dan Nabi saw bersabda:“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.






No comments:

Post a Comment