Friday, March 18, 2011

ciri- ciri isteri solehah

assalamualaikum wbt...
ada berita baik untuk semua yg bgelar wanita..
di sini ad beberapa tips nak jd isteri solehah..
siapa yg dah kahwin boleh la baca dan muhasabah diri
dan pd yg belum kahwin 2 boleh lah kita ambil sebagai permulaan yg baru dalam hidup kita..


dan jika nak tau sebenanya tak banyak syarat pun untuk jadi manusia yg bergelar solehah selain itu kita akan menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. InsyaAllah.


antara syarat2 nya:


       1.  taat kepada Allah dan Rasulullah Saw


Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

      2.   taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

maklumat tambahan:

antara perkara yg mjatuhkan martabat seorang wanita

1.  Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2.Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


mutiata hati:
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.   


amalan surah-surah pilihan

assalamualaikum wbt...

kali ini sy nak berkonsi dgn anda tentang surah pilihan yg boleh diamalkan..
insyaallah banyak fadhilat yg akan kita peroleh jika kita amalkannya.


Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata: "adalah Nabi SAW tidak tidur sehinnga dibaca surah As- Sajdah dan Al- Mulk".
di sini sy ingin berkongsi beberapa fadhilat mengenai surah2 yg kita boleh amalkan  pd mlm hari antaranya:
  • surah as- sajdah
  • surah ad- dukhan 
Daripada abi Hurairah r.a berkata : Nabi SAW telah bersabda : "sesiapa membaca surah Ad- Dukhan pada waktu malam, maka esok nya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya"
 Daripada abi Hurairah r.a berkata : Nabi SAW telah bersabda: "sesiapa membaca surah Ad- Dukhan pada waktu malam Jumaat, maka di beri keampunan baginya"
  • surah al- mulk
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW  telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al Mulk sehingga khatam maka beliau pun menemui baginda SAW dan berkata : " wahai Rasulullah SAW saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al Mulk sehingga Khatam". Rasulullah SAW bersabda itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada seksaan kubur.


Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:
“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”


Dan Nabi saw bersabda:“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.






Thursday, March 17, 2011

cara pemakaian cincin

assalamualaikum wbt..
di harap anda masih lg diberi nikmat hidup..
dan selamat beramal insyaallah..
hari ni sy nak story pasal cara pemakaian cincin.


memang dah sedia maklum lelaki mahupun perempuan memakai cincin
dan apa yg penting nya disini
adakah kita tau adab2 memakai cincin..


sy ada terbaca di beberapa laman blog dan rasanya x salah untuk sy berkongsi sedikit ilmu dengan semua kawan2 di sini.
dan mungkin ada diantara anda semua yg dah tau...


cara terbaik memakai cincin adalah di jari:
  • manis
  • kelingking
ini adalah berikutan daripada nasihat Nabi Muhammad Saw kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan rasulullah Saw , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis dan kelingking

manakala kita dilarang untuk memakai cincin di jari:
  • tengah
  • telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang pemakaian cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia adalah satu perbuatan meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

dan kita sebagai umat islam tidak perlulah untuk tidak mengiyakan ap yg rasulullah saw pesan...
dan jgn lah terlalu mengikut trend kini yg hanya akan meruntuhkan akhlak umat Islam shj..
jd marilah sama2 kita melakukan perubahan..
perubahan ke arah kebaikan..
semoga dengan perubahan yang dilakukan ini
kita akan  mendapat perlindungan dari Allah SWT.

insyaallah. ^_^


Tuesday, March 15, 2011

kerana cinta






jangan kerana cinta
kita pun leka entah ke mana 
dan jangan pula kerana cinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cinta kan Ilahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
masa berada hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan

jangan sesekali ketika yang kau cinta pergi
jangan harap kembali bila bukan jodoh buat diri
ada pengganti yang siap mendatangi
walau mungkin bukan yang dicintai
namun itu adalah titipan Ilahi
ku harap akan peroleh seorang insan yang dapat membawa ku 
ke jalan MU yang diredhai
amin Ya Rabb...


Monday, March 14, 2011

secebis surat buat sahabat

assalamualaikum wbt...
ak saje nak ambil sedikit masa nak bcerita pasal aurat...
ak tau ak juga bukan manusia yg sempurna..
tapi adalah tidak salah jika aku ingin berkongsi serba sedikit ilmu dengan semua kan...


ak tau bukan mudah untuk kita berubah kearah yg lebih baik..
tapi ini bukan penghalang untuk kita berada pd keadaan yg lama sahaja...
korang tau x knapa kita kena menutup aurat terutamanya wanita...


sesiapa yang menutup aurat menandakan dia sangat patuh dan taat akan perintah
cuba kita tanya pada diri sendiri..
adakah kita patuh dan taay akan perintah Allah swt 


Allah swt:berdasarkan firman Allah SWT yg bermaksud;


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."


(Surah al-Ahzab, ayat 59)


bagi yg pakai tudung pula harap jaga lah pula pemakaian anda..
ak ramai kawan2 perempuan..
rata2 nya akan ckap rimas la kalau pkai baju kurung...its okay,
kalau korang nak pkai seluar sangat pun pkai la...
janji biarlah baju tu bawah punggung....
bila baju pun dah labuh baru la kita boleh longgarkan sikit saiz seluar kita kan...
kita mula sikit2 la kan...
biarlah apa orang nak kata "x up 2 date" ke kan...
janji kita dipandang mulia di sisi Allah SWt, insyaallah...


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


jadi ak nak tanya korang x sayang ke ayah n saudara lelaki korang,
diorang kena tanggung dosa yang kita buat..
xde mak ayah kat dunia ni yang x lrang jika sseorang anak mdedahkan aurat tapi segelintir 2 ada la...
jadi apa salah nya kalau kita berfikir sejenak..
sekurang2nya kita ingatlah kat mak ayah kita if kita ad wat ssuatu yg x elok tu...


tujuan ak post artikal ni sebab ak sayangkan sahabat2 ak...
ak taknak korang jauh dilamun mimpi indah dunia ini..
tujuan kita hidup adalah untuk mencari keredhaan Ilahi...
janganlah sampai kita buat sesuatu perkara yang boleh membawa dosa..
marilah sama2 kita muhasabah diri..
semoga Allah swt mampuni dosa 2 hambanya.amin..


mutiara hati:
“Takutlah kepada Allah dan berkatalah benar meskipun engkau harus binasa, karena di dalam berkata benar itu adalah keselamatanmu. Takutlah kepada Allah dan tinggalkanlah kebatilan meskipun engkau akan selamat, karena di dalam kebatilan itu adalah kecelakaanmu”.

Sunday, March 13, 2011

hari yang warna warni

assalamualaikum wbt...
hari ni hujan turun lagi..
aku bersyukur ke hadrat mu Ya Allah..
aku masih dapat merasai nikmat yang kau beri...
Alhamdulillah...

peribahasa ada menyatakan...
panas disangka hingga ke petang tapi rupa2nya hujan ditengah hari....
walaupun hujan hari ni x buatkan ak rase sejuk pun..kikiki
sebenanya ak x tau la peribahasa ni ad kaitan x dengan cite ak ri ni..

hari ni ak ad kuis MA and akidah...
pas jwab paper ma ak pun dgn penuh bsemangat nak g kelas akidah...
smbil tnggu ustzah sampai kitorg pun smbang2 a ckit an....
then masa ustzah masuk ustazah suh arrange kusi ...


ate tibe je mase 2 ustzah ckap hr ni nak bt presentation ye....
elok pulak turn group kitorg....


ak ni nak mati akai dah....
mmang x buat preparation lngsung..
yg jadi lg malang nye bila kat dlam pendrive ak xde pulak kitorang nye slideshow tuh...
alhamdulillah, dgn jasa baik ustazah dia suh kitorang g amik kat blik..

ak pun dgn pnuh bgaya nye, tanpa pndang knan n kiri terus je blari...
haha...memang buat muka x malu je...
lntak la ap org nak kate jji x dpt mrkah 0 kan....
membe ak yg follow kat blakang memang dah semput dah....
dgn izin Allah sampai jugak ak kat blik...
bila da siap copy ap yg patut ak cmpak je pendrive 2 kat membe ak dri tingkat 4..
nasib baik la ak nye pendrive x mati lg ^_^....

mase ni berlaku larian baton..
turn membe ak lak yg g bwak pendrive 2 kat kelas..
mase ni ak da surrender.....da pancit n x larat nak bgerak..hehe
smpai2 je kat kelas ak tgk group ak tngah present kat depan...
hehe..ak tkecuali present sbb da blari 100m td an..

alhamdulillah, dgn kesusahan yg dilalui 
kitorag dpt komen yg baik dr sahabat2 yg mdengar..
terima kasih x thingga kpada ustazah krn bg kami pluang sekali lg,
 syukran kpd sahabat skumpulan kak sal, tini and fida...
walaupun ad kesilapan yg dibuat sms nak start present kan..
tapi xpelah k...

akhirnya semuanya selesai...
dan malam ni ak harap xde la ak ngigau g main lari2 pulak kan..
hehe..


mutiara hati:

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."





Saturday, March 12, 2011

Potong kuku mengikut sunnah Rasulullah SAW


Assalamualaikum WBT....
hari ini sy ada terbaca satu entry mengenai cara memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah SAW...
kenapa Rasulullah SAW menyuruh kita supaya sentiasa menjaga kebersihan kuku..
kerana di dalamnya terdapat banyak fadhilat ..


Menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya umpama memelihara sekandang khinzir..
Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... 
bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung..

Ingat kawan2...

jangan ada niat walaupun sikit nak simpan kuku panjang , walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. 
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.



Ni nak habak mai kat hampa...
siapa2 yg bela kuku panjang ni ad sejenis kuman yg duk kat situ namanya E-Coli....
tapi lau nak tau kuman ni dia suka duk kat najis manusia...
walaupun kita cuci tangan dengan sabun kuman ni tetap ad tau...
ha......hangpa x geli ke....
Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. 


kat cni ada tips untuk org yang nak carik jodoh..
ap2 hal pun korang tgk la kuku pasangan korang mcm mane k...
lau bkuku pendek insyaallah orang 2 memang menjaga kebersihan lah...


lagipun sangat tak rugi pun kita kerat kuku,
malah dapat pahala lagi...
ingatlah, kalau setakat berbangga dunia tetapi hanya mendapat dosa buat ap kan...
jadi fikir2 kan lah...


di sini terdapat beberapa fadhilat memotong kuku, antaranya:



  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Isnin Allah keluarkan  daripadanya penyakit gila dan Allah kurniakan kepadanya kesihatan.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Khamis Allah keluarkan daripadanya penyakit judzam dan Allah kurniakan kepadanya sifat Afiat.
  • Sesiapa mengerat kuku pada hari Jumaat Allah keluarkan daripadanya dosa dan Allah kurniakan kepadanya Rahmat.








Wednesday, March 9, 2011

rindunya......^_^

assalamualaikum wbt...
korang watpe hari ni...harap2 chat la hendaknya...
semoga sentiasa berada dalam nikmat islam
ak skang ni tengah keboringan tahap gaban dah ni....
bila ksorangan mula la teringat kat rumah...
baiti jannati....

x sabar ase nak balik....
rindu kat abi n ummi...
harap mereka dipanjangkan umur untuk terus melakukan kebaikan dan ibadah kat atas muka bumi ini....
aku harap aku pun begitu...
insyaallah..

untuk mengilangkan kerinduan yang teramat sangat aku ase nak letak la gambar my parent ak kat cni...
hehe...jangan jealous ye....
sebab aku sayang sangat kat abi n ummi..

nilah pasangan bahagia..aku x sempat nak scan gambar ni..
jadi aku guna cara tradisional je..
hehe..korg faham2 sendiri jelah ye..
alhamdulillah selama perkongsian hidup
parent aku dikurniaka tujuh org anak
2 putera n 5 puteri


ini lah barisan pertahanan bagi pihak perempuan...
bila semua berkumpul memang seronok sangat...
hehe....

rindu bangat sama kamu semua.....



ni pulak barisan pertahanan lelaki...
ada dua orang je...
tp aku rasa dah cukup,hehe.
 tengok badan a kan...
da macam bodyguard kan.....
jgn marah ye....
yg best nya dioarang ni sporting walaupun kdang2 suka carik pasal ngan aku...hehe
xpe adat la tu kan....
baru ceria hidup ni..



ini pulak pasukan bola sepak...
ha..mai nak cita kat hangpa semua..
depa ni kalau dah balik kg memang haghu cek...
ghumah ni akan aman bila depa tidok...
hehe..tp srnok tgk pngai dorang...
baru kita tau, dlu kita pun pngai mcm depa jugak lah
hehe ^_^
     okey la kawan2...
ambik masa lima minit dengan senyuman.
insyaallah, segala kesedihan atau kekusutan akan hilang..



mutiara hati:
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.


Tuesday, March 8, 2011

musibah oh musibah....

musibah oh musibah....
bukan dipinta datangnya...
kerana segala sesuatu yang dikenhendaki oleh Allah SWT pasti terjadi.
                                                                                                                                                                                          
                                                                         
di saat orang lain sedang hidup gembira 
tapi kita pula sedang dihadapkan dengan ujian yg maha besar
tapi sesetengah dari menganggap musibah ini adalah suatu perkara yang sial sehingga mereka menyalahkan setiap ap yang berlaku


kawan2 cubalah anda bfikir sejenak..
bukankah setiap apa sahaja yang berlaku adalah kehendak Allah swt?
bagaimana adakah kawan2 semua sudah ada   jawapannya.


baiklah, kita sebagai seorang muslim yang beiman dan lagi berilmu,
kita perlu yakin bahawa setiap apa yang sedang melanda adalah atas kehendak Allah SWT, meskipun kadang- kadang segala sesuatu yang terjadi melalui perantara fenomena alam dan juga faktor kesihatan. 


sebagai contoh di sini, tsunami yang berlaku di Jepun baru2 ini. sedangkan ad juga pihak2 yang mengatakan bahawa Jepun tidak mementingkan faktor penjagaan alam sekitar. jika Allah swt bkehendakkan sesuatu perkara itu, perkara itu tetap akan berlaku " kun faya kun" walaupun kita mempunyai sistem yang canggih untuk kenalpasti sebarang bencana alam yang berlaku.
kerana kuasa Allah itu tiada tandingannya dengan kuasa kita.


Akan tetapi, banyak dari muslim lain yang memandang bahawa musibah ini sekadar bencana alam semata- mata , bukan sebagai peringatan dan pelajaran dari Allah SWT.
Akibatnya mereka tetap tidak mahu memperbaiki diri sendiri. 
Mereka tetap melakukan maksiat dan melenggar syariat Allah SWT.


Apabila dilanda musibah, Allah mengajar manusia



(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun.'" (Al Baqarah 2:156)


Mengingati Allah, hati akn menjadi tenteram
Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28) 


Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al Baqarah 2: 286)


Maka sebaik-baik orang yang beriman, bersabarlah dalam menghadapi setiap musibah. 
semoga setiap ujian yang datang akan membuatkan kita lebih dekat dan mentaati setiap perintah Allah SWT.
Insyaallah. ^_^

Tuesday, March 1, 2011

sabarlah wahai hati

ya allah,
aku rasa cukup banyak dugaan yang aku hadapi semenjak kebelakangan ini...
tekanan sungguh..terasa sedih ketika ini...


ya allah kau kuatkan lah semangat ku untuk hadapi setiap ujian MU ya allah..
mungkin ini hanya sedikit ujian buat ku...sabar lah aku..sabarlah hati...
jangan kau berputus asa...banyak lagi yang kau akan tempuhi selepas ini...jika diizinkan Allah..
Allah menguji hambanya sekadar kemampuan hambanya sahaja...
sabarlah hati...senyumlah hati...


wahai aku...sabarlah..
ada hikmah di atas setiap apa yang berlaku...
Allah tidak buat sesuatu itu dengan sia- sia..
sabarlah wahai hati....dekatkan dirimu dengan pencipta MU wahai hati...


janganlah kau bersedih wahai hati.....tiada yang mudah didunia ini untuk dikecapi...
segalanya perlukan usaha untuk mencapai sesuatu yang kita ingini....
Ya Allah hanya padamu ku berserah...
hanya padamu yang layak untuk ke meletakkan segala harapan...
ku harapkan keberkatan MU ya Allah...
Amin ya rabb....